
ALHAMDULILLAH DIBERIKAN REZEKI UNTUK TERUS MENIKMATI INDAHNYA RAMADAN
"AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERSEDEKAH DI WAKTU HIDUP LEBIH BAIK DARI BERSEDEKAH SETELAH MATI (WASIAT)"
-------
Abu Sa'id al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Seorang lelaki yang memberikan satu dirham sebagai sedekah selama hidupnya lebih baik daripada memberikan seratus dirham sebagai sedekah (wasiat) pada saat kematiannya.” - HR Abu Dawud-
MASJID TUA DI KULIM SEMAKIN BOCOR, PERLU NAIKTARAF SEGERA
KULIM - "Sudah puas kami membaiki dan tampung bumbung yang bocor, tapi masih dimasuki air ketika musim hujan,". Kata seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Al Mutaqqin, Taman Selasih .
Menurutnya masjid itu sebenarnya adalah surau lama yang menggunakaan bahan binaan daripada kayu-kayu lama. Disebabkan masjid itu semakin tua, bahan binaan juga menjadi semakin reput dan tidak boleh dibaiki lagi.
Malah keadaan karpet juga menjadi semakin busuk dan hapak, sehingga membuatkan jemaah tidak selesa dengan keadaan itu. Selain itu, fasiliti awam seperti tandas serta tempat wuduk juga semakin banyak yang rosak.
"Kami pun tidak tergamak kadangkala mahu berwuduk di sini atau membersihkan diri, namun terpaksa pejamkan mata sahaja kerana tiada wang untuk menambahbaik," tambahnya.
Keadaan jemaah yang terpaksa solat di luar masjid setiap kali menunaikan Solat Jumaat.
Dalam pada itu, sudah ramai jemaah yang mengadu dengan keadaan masjid yang semakin tua dan uzur itu apabila terpaksa duduk dalam keadaan tidak selesa ketika mengikuti kelas agama dan majlis ilmu.
Justeru itu, jawatankuasa Masjid Al Mutaqqin terpanggil dengan keperluan jemaah di kawasan itu. Pihak masjid mahu melaksanakan projek naiktaraf segera termasuk membaiki struktur binaan dan menambah beberapa fasiliti lain mengikut keperluan semasa.
"Masjid hari ini perlu lebih selesa, dan boleh digunakan oleh orang Islam. Orang kita hari ini pun bukan seperti dulu sangat susah untuk mendapat pekerjaan. Sekarang semua orang boleh buat sumbangan walaupun sedikit dengan hanya online sahaja," katanya.
Masjid Al-Mutaqqin yang semakin uzur ini memerlukan dana RM4 juta untuk dinaiktaraf segera.
Justeru itu, ribuan penduduk di kawasan Taman Selasih ini merayu pelbagai pihak untuk menyalurkan sumbang derma, infak, wakaf dan sebagainya dengan segera.
Projek naiktaraf ini juga akan memanfaat hampir 4,000 penduduk sekitar yang boleh :
- menunaikan solat jemaah dengan selesa
- mengikuti kelas dan kuliah agama yang diadakan
- menganjurkan majlis ilmu, kenduri kahwin dan sebagainya
- dijadikan pusat dakwah setempat
- pengurusan jenazah
"Jangan biarkan Rumah Allah dipandang sayu tanpa jemaah, kerana semakin usang dan bahaya. Bantulah menyumbang walaupun hanya RM10,".
Keadaan semakin sesak apabila tibanya solat hari raya setiap tahun
Sesungguhnya sumbangan anda bukan sia-sia tetapi akan menerima untungnya ketika bermastautin di negeri abadi nanti.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Muzzammil, ayat 20 yang bermaksud:
“Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahala-Nya.”
Buat sumbangan anda sekarang dengan memilih amaun mengikut kemampuan anda di bawah sekarang!